Jumat

Tauhid Tiga

Firman Allah dalam Surah Az-Zumar Ayat 9 :
“Engkaukah Yang lebih baik atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?
“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.
Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia. Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki. Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan. Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya.
Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah. Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan. Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 115 Dan Allah jualah Yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah Yang diredhai Allah;
Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui. Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat. Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq. Firman Allah Taala: “Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”
Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor. Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di hati. Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di hati.
Surah Al-Hadid : Ayat 4 Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya.
dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja. Dan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula. Tetapi jika hatimu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.
Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga. Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja. Sesiapa yang mengenal Tuhan, ia akan mencintai Tuhan dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya.
Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikrullah. Tiadalah sempurna agama kita melainkan kita melaksanakan Rukun Ihsan. Maka itu disebut “Awwaluddin Ma’rifaatullah” – Agama kita bermula hanya setelah menerima kurniaan Makrifat Allah, yakni sesudah tergabung Rukun Iman, Islam dan Ihsan seperti yang termaktub di dalam Hadith Jibrail.
Maka bermula lah satu penghidupan yang didasari oleh HAKIKAT dan MAKRIFAT yang berkiblat kepada DZAT yang ESA (AHAD). Untuk menjadi ‘Arifin Billah dan juga Ulil Albab’, perlulah kita mengenal dan memahami hakikat kejadian ALAM semesta kerana YANG ZOHIR itu juga ALLAH, sama seperti YANG BATIN. (sila rujuk Asma ul Husna dan Martabat 7). Maka untuk mencapai maksud ini, lebih mudah jika kita perhatikan diri kita sahaja kerana ia paling DEKAT LAGI ZOHIR dengan kita.
Kerana itu disuruhnya kita mengenal DIRI jika ingin mengenal Allah. Perlu diingatkan bahawasanya keinginan kita itu sebenarnya datang dari ALLAH jua yang mengingini agar kita mengenal DIA. Keilmuan alam semesta akan datang jua kemudian dengan IZIN NYA. Para Arifin Billah menyatakan bahawasanya DIRI itu ialah ALAM KABIR (macro-cosmos), sementara alam semesta itu ialah ALAM SOGHIR (micro-cosmos).
Kaedah penerokaan diri dan alam semesta adalah menerusi zikir dan fikir. Skop zikir dan fikir ini seharusnya dilandasi oleh Al Quran dan Hadith Rasul, dan pengalaman peribadi. Apabila Allah mula mengangkat TABIR-TABIR NYA YANG MULIA, jangan pula kita lupa diri kerana ILMU ALLAH ini tiada tepinya. MAA SYAA ALLAH, DIA MAHA AGUNG, sekalian deria akan diangkat hijabnya mengikut JADUAL NYA dan kita mendapat kassyaf kerana ia adalah perlu untuk menerima semua pengetahuan yang telah diaturNYA di maqam HAKIKAT [sila rujuk Sifat 20].
Keikhlasan hati, maksud dan tujuan adalah teramat penting dan kritikal di dalam meneroka ALAM HAKIKAT. Ianya adalah satu-satunya Wasilah Diri untuk mendapat perlindungan dan RAHMAT Allah dari sekalian gangguan Iblis La’natullah. Untuk mendapat WASILAH RASULULLAH SAW, perbanyakkanlah berselawat kepada nya. Insya Allah, jika hati anda dicenderungkan kepada DIA YANG ESA, kamu akan dibimbing dan seterusnya diketemukan NYA akan AL-HAQ.
Petanda besar yang menunjukkan kamu sedang dibimbing YANG MAHA ESA adalah apabila hati dan lidah kamu berada secara istiqomah di atas ZIKRULLAH, SELAWAT RASUL DAN ISTIGHFAR. Ilmu Makrifat ini tidak dapat diluahkan sepenuhnya melalui kata-kata kerana dibimbangi akan menimbulkan fitnah dan sebenar-benar tiada huruf yang dapat menggambarkan keadaannya [Laisa kamithlihi syaiun]. AL-YAQIN hanya dapat dibenarkan oleh pengalaman DIRI SENDIRI.
Kerana itu, Syaitan suka menimbulkan was-was dalam hati manusia. Dengan ZIKIR KHOFI, sekalian was-was, ketakutan dan sangka buruk akan lenyap insya ALLAH. “HUWAL AWWALU WAL AAKHIR, WAZZHOHIRU WAL BAATHIN” Dia lah yang Awwal dan yang Akhir, dan yang Zohir dan yang Batin.
Sama ada kita ingat atau lalai, beriman atau kufur, bersolat atau bermaksiat, DIA tetap DIA – Maha Tinggi lagi Agung. Tidak menambah atau mengurang akan DIA oleh apa pun.
Jika kafir sekalian makhluq, DIA tetap AGUNG. Itulah DZAT yang ESA lagi MUTLAQ. “Tidakkah kamu melihat burung yang terbang di udara, SIAPA YANG MENGANGKATNYA? Bermula dari langkah pertama di dalam kesedaran mujahadah wa musyahadah akbar kita, sehingga ke akhir langkah di liang lahad, semuanya adalah atas KURNIA ILAHI semata-mata. Tiada AKU sepanjang perjalanan itu. Jika masih ada KE-AKU-AN, sudah pasti akan tersesat jalan dan tidak akan bertemu tempat yang di tuju.
Dan kearifan kita tentang HAKIKAT ALLAH itu terserah kepada DZAT yang menamakan DIRINYA itu untuk menyingkap AL-HAQ seQADAR yang ditentukanNYA, tiadalah ikhtiar kita itu memberi bekas sebenarnya. Semuanya berdiri, duduk dan berbaringan di atas LA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH. Dan apabila kita [RUH RABBANI] diizinNYA untuk menelusuri ALAM KEBENARAN itu, menjadilah kita seakan-akan pemerhati sahaja.
Sesungguhnya kita telah DI SIFATI NYA. Inilah PAKAIAN kita. Dengan RAHMATNYA, sehingga ke alam BARZAKH jua kita akan menikmati KURNIA NYA, hidup di SISINYA dengan mendapat REZEQI insya ALLAH. Rahsia ILAHI terkandung di dalam DIRI sehingga sekalian makhluq NYA diperintahkan supaya sujud kepada ADAM. “Ana a’lamu maa laa ta’lamuun” [AKU tahu apa yang kamu tidak ketahui]. Tetapi….. “Bal tu’thiruunal hayatad dunya. Wal aakhirotu khoirun wa abqaa” – Tetapi kamu (manusia) cintakan kehidupan di dunia [kehidupan nafsu ammarah] walhal akhirat [kehidupan nafsu mutmainnah] itu lebih baik dan kekal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar